Monday, September 20, 2010

Eid Again!

Seronok Syawal kalian?


Seperti tahun-tahun yang sebelumnya, kami sekeluarga akan bertakbir raya di Port Dickson, bersolat raya di Seremban dan terus berjalan raya ke Kuala Pilah.

Kelebihan Ummi Ayah yang kebetulan kampung satu negeri lain-lain daerah saja ye -- kami tak merasa menonton drama "Tahun ni kita raya kampung saya pulak! Saya. Tak. Kira!!"

Hihi.


Pada tiap tibanya Syawal, Along nekad dalam hati yang Along takkan menitiskan air mata di pagi mulia itu.
Nekad yang berat, cukuplah drama-drama hiba di kabel TV sempena Raya itu, cukuplah.


Along tewas secara total sebaik saja tanganku menyentuh kedua tangan orang tuaku :'(


Tahun ini meriahnya berbeda tanpa kepulangan Jenn.
Meriah kami meriah yang serba kurang lengkap.


Anak generasi pertama yang tak lengkap tanpa Jenn.


Kurang satu salam minta maaf antara kami sekeluarga.
You should listen to Angah's speech this year, Jenn. Along menangis peluk dia kuat-kuat :'(


Dan kurang juga satu sampul duit raya buat adik-adik yang masih belajar! 
Takpe Jenn, bukan rezeki kamu tahun ni hihihigelaksukahatihihi.



I do hope yours were awesomely great..
-- belum terlewat jika masih belum beraya sakan, Syawal kan sebulan!
:')



4 comments:

reena said...

Cantikla color tema dan baju raya Along sekeluarga.

selamat hari raya, Long!

Nak duit raya.

Memey Anuar said...

nape baju adik xsama umi and along? cantik baju u!

it's jenn. said...

baju saye di seberang pon same :D

Along said...

Reena - meh beraya umah dulu baru dpt duit raya ;)

Wani - sebab adik nak sama dengan abang. derang kan kembar :P

Jenn - of kos lah kannn, penat pilih kain sama lebih kurang :P